Sunday, March 29, 2009

KEKAL REMAJA (MUDA)

Apabila sebut perkataan remaja sahaja, tentu akan terbayang satu suasana yang riang penuh tenaga, penuh pecarian tanpa mengenal letih, penat dan sakit. Seumpama bahangnya api yang sentiasa membara. Selain dari mati yang tidak boleh kita sebagai manusia elakkan ialah Usia, Segala sesuatu ciptaan Tuhan memang berpasang-pasangan, Hitam dan Putih, Suka dan Duka, Pendek dan Panjang, Kurus dan Gemuk, Siang dan Malam, Muda dan Tua. Kita akan pasti melaluinya.

Manusia seperti Mesin, bezanya manusia ada Roh yang mewujudkan perasaan tetapi mesin hanya alat. Perhatikan mesin contohnya kenderaan, cukup bertenaga boleh digunakan dalam apa sahaja keadaan, inputnya ialah minyak dan Air, Cukup masa mesin perlu di service, dibuang minyak yang hitam (toksik) alignment tayar dan sebagainya, tidak lain bagi memastikan kenderaan tersebut boleh berjalan lancar dan tahan lama. Jika tidak di service atau satu skru sahaja pada kenderaan tidak diikat kemas maka seluruh kenderaan akan rosak dan jangkahayatnya pula akan pendek. Sebagai manusia untuk kekal remaja dengan ertikata lain, bukan dalam bentuk fizikal, tetapi keseluruhan Minda, Tubuh dan Rohani.

Siapa kata kita tidak boleh hidup sihat dan panjang usia.

No comments:

Post a Comment